Monday 15 August 2011

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


KONSEP ASAS  PENGAJARAN

       Memberikan arahan atau berkongsi pengetahuan dengan orang lain.
       Proses untuk menyampaikan dan menyumbangkan idea-idea serta memudahkan cara pembinaan ilmu, menggalakkan kreativiti dan membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi yang optimum.
       Berlaku jika guru DAPAT MELAKSANAKAN semua tindakan yang di sebut tadi.     
       Satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.

Faktor penting dalam pengajaran:
·         Guru perlu menilai keperluan-keperluan pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasikan strategi-strategi serta aktiviti yang sesuai untuk pelajar.
·          Perkara penting dalam pengajaran:
       - melibatkan diri dalam pembelajaran dan pertumbuhan sepanjang hayat.
       - menghormati  kanak-kanak dan remaja.
       - berkongsi pengetahuan.
       - menentukan matlamat untuk diri dan pelajar.

KONSEP ASAS PEMBELAJARAN
       Slavin(2005), pembelajaran merupakan perubahan dalam seseorang individu akibat daripada pengalaman.
        Hill(02), Pembelajaran berlaku akibat pengalaman menyebabkan suatu perubahan yang agak kekal dalam   pengetahuan atau tingkah laku seseorang.Perubahan itu mungkin berlaku secara sengaja atau tidak sengaja.
       Perubahan tingkah laku manusia yang agak kekal akibat interaksi dengan persekitaran.
       Tafsiran yang berbeza mengikut beberapa ahli psikologi:

PRINSIP PEMBELAJARAN EWELL
o    Prinsip pembelajaran = hukum pembelajaran
o    Peter Ewell (1997).
o    Model yang menggambarkan prinsip-prinsip pembelajaran dan mempengaruhi penguasaan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan kompetensi apabila diaplikasikan dalam bilik darjah.
o    Hasil pembelajaran berdasarkan pemerolehan maklumat daripada kefahaman tentang neurosains, psikologi kognitif dan kajian pembangunan.
o    Mengemukakan teori bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran
o    Menurut beliau, rangsangan daripada persekitaran diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia.
o    Maklumat ditafsir dalam stor ingatan kemudian dihantar ke stor ingatan jangka masa panjang, akhirnya ke penggerak tindak  balas melalui sistem saraf.

PENGLIBATAN SECARA AKTIF
       Murid mesti melibatkan diri secara aktif ketika aktiviti pengajaran.
        Maklumat bukan disampaikan tetapi murid itu sendiri yang mencarinya.
       Kanak-kanak belajar dengan melakukannya sendiri. Mereka belajar melalui eksplorasi dan penemuan, menggunakan semua deria. Alam belajar optimum yang menggalakkan penglibatan aktif dan menyediakan banyak peluang untuk kanak-kanak melihat, merasa, mendengar, merasa, menghidu dan  menyentuh.
       Kanak-kanak akan belajar melalui perkara yang dilakukannya.
       Kanak-kanak yang melibatkan diri secara aktif akan mempunyai pengalaman yang banyak berbanding kanak-kanak yang tidak aktif atau pasif.
       Kanak-kanak yang aktif juga dapat menambah pengalaman dari segi komunikasi dengan rakan yang lain, menguasai bahasa dengan lebih baik, bentuk kemahiran fizikal, lebih berdisiplin atau tahu had serta batasan yang perlu mereka patuhi dalam sesuatu yang mereka lakukan.

PERKAITAN DAN CORAK 
-       Pelajar berpeluang untuk membentuk, menguji dan memurnikan semula jenis dan hubungan kerja mereka.
-       Dapat mengaitkan hasil pembelajaran mereka dengan keadaan di luar bilik darjah.
-       Mereka akan mewujudkan suasana yg bermakna terhadap aktiviti pembelajaran yang mempunyai kaitan dan bentuk yg tertentu.
-       Menurut konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut.
-       Dick (1997) menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran pemelajaran boleh disusunatur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar.

PEMBELAJARAN INFORMAL
-       Pembelajaran yg bukan berlaku di bilik darjah secara formal.
-        Berlaku di luar kelas- di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
-       Secara tidak langsung (tidak sedar).
-       Contohnya: didikan ibu bapa, rakan sebaya, seminar, multimedia dan lain-lain.
-       Ciri-ciri pembelajaran informal
-       Secara tidak langsung,tiada sukatan pelajaran.
-       Dari persekitaran melalui pemerhatian, perbualan dan pengalaman.
-       Proses berterusan dan sepanjang hayat.
-       Berlaku setiap masa, di mana sahaja.
-       Tidak menetapkan isi atau bahan pelajaran
-       Tidak perlu guru terlatih
-       Tidak melibatkan penilaian dan pensijilan.

PENGALAMAN LANGSUNG
       Pengalaman langsung dalam konteks yang sebenarnya diperlukan supaya dapat mengubah tanggapan atau andaian yang salah tentang sesuatu.
       Pengalaman ini selalunya melibatkan penggunaan deria seperti deria sentuh, bau,rasa, lihat dan dengar. Pengalaman ini juga adalah berkaitan dengan pengalaman kanak-kanak itu sendiri.
       Kanak-kanak biasanya akan melakukan sesuatu perkara dan selepas itu, kanak-kanak itu sendiri akan merasai kesan disebalik perbuatan yang dilakukannya.
       SITUASI MENDESAK
       Sekiranya pengajaran adalah dalam situasi yang mendesak, dengan pengalaman secara langsung - dengan sesuatu yg benar-benar berlaku – maka pembelajaran tersebut akan lebih mencabar dan menarik bagi pelajar tersebut.
        

MAKLUM BALAS BERTERUSAN
       Menekankan kepentingan insentif bagi membentuk tindakan berterusan.
       Murid sepatutnya memperolehya daripada guru dan rakan-rakan.
       Kemampuan belajar dengan sebaik-baiknya akan diperoleh.
       SUASANA YANG MENYERONOKKAN
       Tindak balas berterusan yang sangat efektif jika sesuatu isi pengajaran itu disampaikan dengan suasana yang menyeronokkan.
       REFLEKSI
       Fry et al. (2003) mengatakan bahawa refleksi memainkan peranan penting in transforming and integrating new experiences and understanding with previous/existing knowledge. Ini bermakna refleksi menjadi kunci kepada pembelajaran melalui pengalaman.
       Merupakan elemen utama.
        Murid dapat mengawal pembelajaran mereka.
        Dapat meningkatkan kemahiran penilaian kendiri untuk melihat semula apa yang telah dibuat dan apakah yang perlu dibaiki.
       Kemahiran refleksi boleh diperolehi melalui pelbagai latihan:
       menyediakan diari/catatan selepas setiap pengajaran
       menyediakan soalan tentang aspek yang ingin diperhati/dikaji dan menjawab persoalan tersebut selepas pengajaran
       menggalakkan pemerhatian rakan sebaya dan berkongsi maklumat selepas pengajaran.
       Menggunakan pandangan, cadangan dan komen pelajar sama ada yang melibatkan aspek kognitif, afektif atau hubungan interpersonal khususnya selepas satu tajuk.
       Membuat rakaman video dan menilai aspek yang ingin diperbaiki sama ada selepas satu tajuk atau sesuatu program tamat.

JENIS PEMBELAJARAN GAGNE
       Robert Gagne.

No comments:

Post a Comment