Monday 15 August 2011

MODEL P&P MONTESSORI


2.0        MODEL  MONTESSORI

Model Montessori sebenarnya menekankan pendidikan bagi pelajar yang berkeperluan khas. Minat yang mendalam menyebabkan beliau membuka kelas untuk kanak-kanak di Amerika dan beliau memperkembangkan program ini. Program ini juga menekankan kemahiran hidup yang asas bagi keperluan kanak-kanak dalam pengurusan diri. Model Montessori pada hari ini sangat mendapat sambutan terutamanya di kalangan keluarga yang agak mewah.
.
2.1       Persekitaran Kelas Montessori
Persekitaran bilik darjah Model Montessori sangat unik. Peralatan yang disediakan  adalah mengikut saiz kanak-kanak dan  memudahkan  ia dicapai serta digunakan oleh mereka. Ia membuat pembahagian yang jelas tentang sudut-sudut tertentu seperti Sudut Bahasa ,Sudut Matematik, Sudut Pondok-pondok, Sudut Melukis, Sudut Melukis, Sudut Bacaan, Sudut Sains, Sudut Kreatif, Sudut Komputer, Sudut Zoo dan Sudut Berkebun.
Ia juga menitikberatkan persekitaran yang bersesuaian yang disepadukan dengan dengan falsafah Montessori.

2.2       Kanak-kanak
Pendidikan Model Montessori menitikberatkan aktiviti individu. Kanak-kanak dari kumpulan umur yang berbeza akan memulakan aktiviti dan bebas untuk melakukan apa-apa sahaja projek yang dipilih, menentukan ruang kerja untuk aktiviti yang dipilih sama ada di atas tikar kain, lantai atau  di meja. Pembelajaran juga berlaku melalui proses peniruan dan pemerhatian dari kumpulan kanak-kanak yang lebih tua yang dapat melakukan aktiviti yang diberi oleh Kanak-kanak yang lebih muda. Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri secara bebas atau bekerja berdua-dua dalam satu masa.

2.3       Guru

Proses pembelajaran dalam Model Montessori ini lebih kepada demonstrasi dan pengawasan dari jauh. Guru memerhati dengan cekap tanpa memberi peneguhan kerana aktiviti adalah berbentuk ganjaran kendiri iaitu motivasi secara intrinsik. Guru-guru yang menjalankan Model  Montessori, belajar mengenai kaedah dan kurikulum melalui kursus intensif.  Berikut adalah contoh kursus intensif untuk guru prasekolah.
  • Membuat Rancangan Aktiviti Harian
  • Penyediaan Bahan Bantu Mengajar
  • Strategi Pengajaran & Pembelajaran Bilik Darjah Berpusatkan Kanak-kanak
  • Penggunaan komputer dalam Pengajaran & Pembelajaran
  • Penyediaan menu makanan seimbang
  • Menguruskan tingkah laku kanak-kanak
.


2.4       Bahan-bahan pembelajaran

Bahan yang digunakan oleh  Model Montessori adalah didaktik contohnya bahan sebenar yang digunakan dalam kehidupan seharian iaitu cawan, gelas, pisau.Ia dijalankan dengan pengawasan rapi oleh  pengawasan orang dewasa. Kanak-kanak didedahkan dengan pengajaran seperti memasak menggunakan api dan menyiram pokok bunga. setiap reka bentuk adalah untuk tajuk yang khusus. Ia adalah berbentuk pembentukan diri sendiri dengan itu kanak-kanak mendapat maklumat bahan yang segera daripada bahan selepas pembetulan tugasan diselesaikan.

            Bahan-bahan adalah berbeza  dari mudah kepada kompleks, dengan itu kanak-kanak adalah tercabar dengan cara membina konsep secara progresif dari mudah kepada lebih susah. Bahan dibina dengan teliti dan menarik, biasanya dibuat dari bahan-bahan yang sebenar antaranya penyapu ,  penyodok, alat –alat pertukangan,  dan stetoskop.


2.5       Kurikulum

Bahan yang berbeza disesuaikan dalam setiap bidang kurikulum yang berbeza. Apabila kanak-kanak mula-mula memasuki  Model  Montessori mereka diperkenalkan kepada komponen kehidupan harian, di mana aktiviti-aktiviti amali ditekankan. Aktivitinya adalah berfokuskan kepada pengurusan diri, dan kemahiran-kemahiran mengurus persekitaran seperti membutangkan baju, menyikat rambut, menyiram pokok, mengelap tingkap dan menyapu.

Berikut adalah aktiviti dalam  Model Montessori ;
  • Bahan yang berbeza tetapi disesuaikan  kepada  tiga  bidang  yang berbeza. Kanak–kanak diperkenalkan komponan  kehidupan harian di mana  aktiviti amali yang kepada penjagaan diri contohnya kemahiran menjaga diri  seperti memakai kasut,  dan memakai baju
  • Set peralatan aktiviti  adalah berkaitan dengan deria, membentuk kanak-kanak membina, menyusun, meluaskan dan menghalusi persepsi deria lihat, dengar, sentuh, bau dan rasa.
  • Menjelajah dan meneroka tentang persekitaran kehidupan harian
  • Mengenali binatang, tumbuh-tumbuhan dan haiwan peliharaan
  • Penyediaan peralatan dan bahan pengajaran yang disusun di dalam rak
  • Untuk membina diskriminasi visual kanak-kanak boleh menyusun tone warna dari gelap ke terang dan mencampur warna
  • Melibatkan  konseptual atau bahan akademik  contohnya  membantu membina asas  menulis,membaca dan matematik
  • Aktiviti  konseptual adalah konkrit  dan melibatkan kanak-kanak secara aktif dan  menggunakan  pelbagai sensori

No comments:

Post a Comment