Monday 15 August 2011

MODEL P&P HEADSTART


3.0       Program “Head Start:”
·         Untuk memberi peluang pendidikan yang sempurna kepada kanak-kanak dari keluarga yang berpendapatan rendah.
·         Ia berfokus kepada kanak-kanak dari keluarga miskin bagi mengatasi kesan negatif akibat daripada kemiskinan
·         Kemiskinan merupakan satu daripada punca utama yang menimbulkan ketidakseimbangan penyertaan pendidikan dan seterusnya menimbulkan gejala sosial yang lain.

 

3.1       Matlamat Program “Head Start”

Untuk meningkatkan kecekapan sosial kanak-kanak daripada golongan yang tidak beruntung. Secara khususnya, matlamat Head Start ialah:

·         Memperbaiki keadaan kesihatan dan kebolehan fizikal kanak-kanak.
·         Menggalakkan perasaan yakin diri, disiplin diri, kebolehan diri dan motivasi bagi memelihara kesihatan emosi dan mental.
·         Merangsangkan kemahiran dan proses mental, kemahiran konsep dan kemahiran bahasa kanak-kanak.
·         Penanaman ciri-ciri dan nilai kejayaan yang boleh mempertingkatkan daya usaha dalam pembelajaran dan perkembangan menyeluruh.
·         Memperbaiki kebolehan kanak-kanak dan keluarga meneka aspek perhubungan berasaskan perasaan kasihan.
·         Merangsang pembentukan harga diri dan nilai diri dalam kehidupan bermasyarakat.


3.2       Kurikulum “Head Start”
Berasaskan model Head Start menekankan aspek pemeliharaan kesihatan diri, kecergasan fizikal, kemahiran hidup, perkembangan bahasa, aktiviti sains, kemahiran nombor dan kemahiran bersosial. Selain daripada itu, program ini melibatkan pendidikan ibu bapa mengenai pemeliharaan anak-anak, kesihatan mental anak-anak, amalan pemakanan dan kesihatan keluarga.

No comments:

Post a Comment