Monday 15 August 2011

GURU SEBAGAI PENGAMAL ILMU



Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff, dalam bukunya “Falsafah Pendidikan”, ilmu merangkumi beberapa aspek seperti berikut:
Ilmu sebagai kepercayaan, pendapat dan kebenaran umum misalnya agama, adat, nilai, sikap asas terhadap kehidupan iman.
Ilmu sebagai kecekapan diri, misalnya kemahiran-kemahiran dalam bidang jasmani, sosial dan intelek
Ilmu yang dilahir daripada kotemplasi, penikmatan dan kajian kendiri, seperti ilmu yang bercorak kreativiti dan penuntutan intelek, iaitu mencari ilmu untuk kebaikan fikiran, dan seni halus, iaitu seni lukis, seni ukir, seni bina, muzik , tarian dan lakonan

Dalam konteks masa kini, ilmu merupakan kefahaman yang sebenar dan diperolehi daripada hasil pendapat manusia melalui pengalaman atau kajian secara sistematik mengikut kaedah sains.

Sumber Ilmu dibahagi kepada tiga:
a. Pendekatan rasionalis – lahir daripada andaian bahawa ilmu pengetahuan dapat diperolehi daripada penaakulan semata-mata.
b. Pendekatan empiris – lahir daripada andaian bahawa ilmu pengetahuan yang sah dapat diperolehi daripada organ deria manusia.
c. Pendekatan pragmatik—diperolehi daripada cara perhubungan manusia dengan alam sekeliling iaitu idea atau fakta dikatakan benar apabila telah diuji secara saintifik.

           (wahyu, hadis/sunnah,guru/ulama, pengalaman, deria, akal, intuisi, ilham dll)

No comments:

Post a Comment